PINDAH RUMAH

SAYA SELAKU PENYIMPAN MOHOR BESAR PEMILIK BLOG INI MENGUMUMKAN BAHAWA LAMAN INI TELAH BERPINDAH KE http://kurikkundimerahsaga.blogspot.com

INI BERLAKU BERIKUTAN PIHAK PENTADBIRAN PEJABAT TELAH MELARANG STAFNYA DARIPADA MENGGUNAKAN FRIENDSTER. AKAN MENGGANGGU KERJA DAN MELALAIKAN, ITU KATA MEREKA.

JADI DENGAN KEMUDAHAN DARIPADA KOMPENI YANG SELALU GAH MENYATAKAN INI “With the fastest network, the widest coverage, best rates and service from Celcom, the power is in your hands”… HEHEH.. TEMAN BOLEH LOGIN DI LUAR WAKTU PEJABAT … BESTNYER!!

SO KITA JUMPA DI SANA !!!

SALAM RAMADHAN SEMUA…

Published in: on September 7, 2008 at 8:55 am Comments (0)

CERITA SABTU DAN AHAD

PADA SUATU HARI SABTU
Selalunya hari cuti adalah hari berkumpul adik beradik di rumah teman dan hari makan-makan dan hari masak-masak dan hari melepak dan hari mengemas dan hari membasuh baju-seminggu-bau-ntah-apa-apa dan hari jalan-jalan. So minggu yang itu teman berhasrat buat "ungkep" ayam. Kami mengadap lauk pauk dan nasi penuh selera.

"KAK"

"YE"

"KENAPA KO MASAK TAK SAMA MACAM MAK MASAK,SELALUNYA SEDAP JEK, APASAL LAIN MACAM JE RASANYA NI"

teman sengih. Hmmm … bila jauh dengan mak ni barulah terasa rindu apa yang mak masak. Betullah kata orang, masakan mak selalunya lebih sedap. Alahai .. lepas tu teman cuci ayam ungkep tadi dan kemudian teman goreng, habis juga dimakan kami berempat.

ESOKNYA HARI AHAD
Oh hari ni tak masak ayam ungkep lagi. Teman masak lain pula. Tapi..alamak.. beras habis!! Poket pun dah tipis (akhir bulanla katakan). Dengan kuasa sebagai anak sulong, teman arahkan adik teman nombor dua keluarkan duit beli beras kat kedai runcit. Adik teman yang lelaki volunteer beli beras.

"Beli yang timbang tau, murah sikit. Beli 2 kilo je"

"Kalau takde yang timbang?"

"Nah tambah duit beli yang 5 kilo"

Ada perasaan lain yang teman rasa, macam inilah yang mungkin dialami oleh mak bapa kami atau mak bapa kamu semua (yang baca blog ini) di suatu masa dulu, ketika anak masih kecil, bekerja keras untuk sesuap nasi. Syukur kami tidak pernah lapar, tidak pernah ikat perut, tidak pernah keputusan beras … syukur pada Allah. Mengurniakan kami limpah rezeki yang tidak ternilai.

Hari itu kami makan nasi seperti biasa. Syukur.

Published in: on June 4, 2008 at 7:02 am Comments (3)

AKU SUDAH TERKENA!!!!!

Aku telah di TaGG oleh oleh Julie ngan McJah . So aku jawabla sekali ek ..hehehhe

Tag kali ni simple seperti peraturan di bawah:

1. Link to your tagger and post these rules on your blog.

2. Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.

3. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.

4. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog7 facts about me ;)

Oklah Julie, McJah saya buat gaya ini sama  macam post saya dulu (boleh tak?)..hehehe. Tapi yang ni buat lain sikit ..jangan marah ek..:P
=================++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Izinkan aku membangga diri

Kerana aku dilahirkan di Johor

Negeri kaya tersangat makmur

Siapa tak kenal Tanjung Puteri

Legenda Si Bongkok aku masih “blur” lagi

Teringat pula Pantai Lido

Di Singgah Selalu aku berlibur (makan pun sekali)

Teringat makan…

Ada orang kata Orang Johor pandai masak

Heh, serata Malaysia entah tahu entahkan tidak

Laksa Johor, mee bandung, beriani gam, otak-otak,

Belum lagi masakan Jawa

Botok2, tempe.. memang aku tak lupa

Izinkan aku membangga diri

Kerana aku lahir di Batu Pahat

Daerah maju cantik sekali

Temenggong Ibrahim nama sekolah

Masyhur sudah serata Malaysia

Di situ Cikgu-cikgu tersayang

Menggunakan kapur

Mengajar aku celik huruf dan hidup

Izinkan aku membangga diri

Kerana rumah aku di Parit Senah

Tidak sama macam Kampung Ujung Tambak

Apatah lagi dengan Kampung Batu Tujuh

(jangan marah ek!)

Kerana di kampung itu mempunyai seorang penduduk iaitu aku! Hehehe!!

Kampung lain takde pun nama aku sebagai penduduk

Izinkan aku membangga diri

Zaman remaja di Muar

Sekolah Asrama dengan peraturan senior-junior yang ntah apa2 ntah

Di situ aku belajar kenal kawan dan lawan

Mana intan mana kaca

Bekalan hidup yang aku pun tak tahu macam mana ..

Sekarang aku tak boleh berbangga lagi

Sebab aku sudah berhijrah negeri

Rasa rindu datang banyak kali

Kenangan lama dapatkah ku kutip lagi …

kekekekkekek ….
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Ok aku nak tagg org2 kat bawah ni :

a) ::Anie The Brutal::
b) ::MrDonny::
c) ::Lyana::
d) ::Abg eqbal::
e) ::Ayah Adia::

Nampaknya setakat ni ada 5 orang sahaja yang nak aku "tagg" kan..hehehhe. Kawan2 lain dah Julie tagg kan. Takpe just suka-suka. Seperti kata Julie, kawan2 yang ada masa lapang tu bolehla layan mende ni…. :)

Published in: on May 20, 2008 at 3:08 am Comments (4)

DOA

Semoga kesabaran, kekuatan, kerasionalan akan sentiasa bersama aku. Juga keteguhan Iman dalam menghadapai apa saja..Amin.

Published in: on May 11, 2008 at 11:30 pm Comments (3)

CERITA ZAMAN GELAP

Pagi tadi ada isu yang menarik perhatian teman dalam Hot FM ..hehehe. Topik hangatnya adalah "Filem yang memberi kesan terhadap anda". CErita teman ni mungkin budak nakal zaman sekolah lagaknya tapi ia berlaku bukan di zaman sekolah tetapi ketika usia dewasa ini. yang penting kawan-kawan jangan bg tau bos teman ..hehehhe..

Macam ni ceritanya

Teman syok giler kat Afdlin Shauki. Suka sangat baca blog dia tu. Satu hari teman telah di "offer" tiket untuk tgk movie baru dia (tak ingat tajuk apa) sehari sebelum tayangan sebenar kepada umum! Wah..wah… Tapi masa tu time keje..apa daaa afdlin ni buat tinme keje. Tapi masa tengah agak nakal kan…so teman ajak member baik teman waktu tu (smpi sekarang pun still kawan baik teman)..tapi xleh mention namanya kat sini. Nanti pecahlah rahsia dia.

Teman cakap kt bos teman nak g servis keta..hik…hik…hik… keluar opis sampai Puchong teman tuka baju (Hai ..mmg nakal betul lah…) Movie tu kat One Utama. Hahahha…dapatla jumpa Afdlin amik gamba ($%&^* ko simpan lagi tak gamba tu??)..Lepas abis movie tu teman cepat2 balik OPIS dan tuka baju.Sampai opis teman sengihlah macam biasa. Pastu sambungla keje..:P.

Kepada ex-Bos teman tu, mintak maafla banyak2. Ala teman kuar kejap jek pastu sekali jek seumur hidup buat keje gini. Ada orang lain tu tak datang opis langsung, ada datang pagi petang takde, ada yang datang malam jek. Hehehe..Tapi terima kasih bos, tahun ni kerana markah bos tu teman boleh bersalaman dengan Menteri Pelajaran. Terima kasih banyak2…

Sekarang xdelah nk buat gini sebab bos teman sekarang suka cari tak kira siang atau malam. hehehe..lagipun teman dah insaf dah. taubat xnak buat lagi. Lenkali nk tgk movie hari keje, teman nk amik cutilah..Cuti teman tahun lepas ada lebih 50 hari..Heh..nak buat pe byk sgt cuti.

***** jangan tiru perangai teman ni..:P

Published in: on April 9, 2008 at 5:49 pm Comments (1)

BERSIARAN KE BANDUNG

Minggu lepas teman ke BANDUNG!!

BandungMula-mula macam terpaksa, tetapi bila sampai sana, teman percaya semua wanita normal macam teman akan jadi "sewel" ..hehehhe. Shopping sakan! Murah sangat2 brg2 kat sana. So kawan-kawan sesiapa yang rasa nak berjalan, shopping dan kuat makan.. bolehla kita g sama-sama ke sana .. :P. Bukan je Gurame
shopping yang best tapi makan pun best. Tiap-tiap hari kami makan masakan Sunda dan
ikan "Gurame" memang sedap sanga
t!! :P. yang tak seronok biAku1la kita dikelilingi penjual jalananHotel yang tak putus asa meminta kita membeli apa yg mereka jualkan …lebih2 lagi bila berada di Tangkuban Parahu..teman mungkin tak akan ke sana lagi. Bandung mmg best untuk shopping ..:P

Published in: on March 26, 2008 at 10:54 pm Comments (1)

BUDAK-BUDAK

Dulu masa sekolah rendah selalu juga bergaduh ala budak-budak. Biasala tu. Bila umur meningkat, cara-cara bergaduh pun sesuai dengan umur, lebih matang. Tapi sekarang teman sedang melalui zaman budak-budak kembali. Nak dilayan nanti teman pun ikut sekali macam budak2. Tapi teman rasa lega sebab "bingkisan" dia kepada bos dan pegawai2 seangkatan teman hanya menjadi gelak ketawa kami. Teman pun ikut gelak walaupun teman telah "dikenakan" dengan hebatnya dalam "bingkisan" ala budak2 itu. Cuma teman harap teman dapat lebih bersabar lagi sebab budak-budak bukan tau apa-apa.

Published in: on February 28, 2008 at 5:40 pm Comments (6)

GAJI AKU VS SIMPANAN DIA

Pagi tadi aku borak2 dengan staf aku kat ofis yang gajinya adalah 1/3 dari gaji aku. Dia kata dia nak beli moto sebab mak dia dah pencen, takleh nak anta dia selalu. Nak beli cash katanya. Dia pun tunjukkan ASB dia kat aku. Mak ai, simpanan aku dalam ASB tak sampai 10% pun dari simpanan dia. Aku malu sendiri. Aku pun ucapkan gud luck kat dia.

p/s : aku simpan dalam Tabung Haji. Dividen dia pun banyak dah sudah kena zakat ..:P

Published in: on February 14, 2008 at 4:33 am Comments (1)

PERUTUSAN PENTING KEPADA PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT SELURUH MALAYSIA

Teman hendak memberi perutusan yang sangat penting kepada semua rakan Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) di seantero Malaysia!!!!!

Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam (PERJASA) akan mengadakan HARI KELUARGA sebagaimana maklumat di bawah ini :

           Tarikh : 23 Februari 2007

Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang

Tempat : Pusat Rekreasi Air, Taman Wetland, Putrajaya

Penyertaan  : PERCUMA!!! dan terbuka kepada ahli PERJASA
dan Pegawai Teknologi Maklumat seluruh kementerian/jabatan kerajaan.


Kepada PTM yang berminat, sila hubungi teman melalui emel zaileha@btmk.moe.gov.my atau PM teman di frenster ini sebelum 15 Februari 2008.

Maklumat lanjut boleh didapati di sini

Published in: on February 10, 2008 at 4:41 pm Comments (2)

KEJUARAAN BERGANDA

Setinggi-tinggi kesyukuran teman panjatkan kepada-Nya. Tahun ini kami mengulangi kemenangan tahun lalu. Alhamdulillah, berkat usaha, doa serta kegigihan sepasukan, piala yang kami menangi tahun lepas terus berada di dalam genggaman. Syukur sangat-sangat.
Satu

Pada mulanya teman tak terdaya nak masuk lagi disebabkan pemantun terbaik tahun lepas telah melanjutkan pelajaran ke Jepun. Jadi teman rasa tahun ni tak perlulah teman menyusahkan diri lagi. Tetapi disebabkan tiada lagi pemantun dari KPM terpaksalah teman gagahkan diri. Teman juga telah memaksa pemantun tahun lepas iaitu Hazri masuk sekali lagi dan paling dahsyat teman telah memaksa pemantun baru iaitu sahabat teman sendiri Lyana untuk sama-sama mencukupkan pemantun. Tahun ini pula kami telah mempunyai pengurus baru iaitu Aswan dari Bahagian Khidmat Pengurusan dan pemantun simpanan iaitu Dhiya. Kalau tahun lepas kami berlatih dengan Puan Zawiah, tahun ini kami tiada jurulatih disebabkan kesibukan Puan Zawiah. Justeru, mula-mula memang kami berdiri sendiri. Kami ambil semua pantun tahun lepas dan kami gubah semula mengikut tema yang ditetapkan.
Semua

Kami cuma sempat berlatih 3 kali sahaja sebelum perlawanan. Ada 4 pasukan yang perlu kami tandingi di peringkat saringan dan kami perlu menyediakan 36 rangkap pantun jualan. Memang agak sakit sebab kami seboleh mungkin tidak mahu menjual semula pantun yang kami telah jualkan. Kami diletakkan dalam kumpulan C dan alhamdulillah, walaupun cabaran sungguh sengit, kami telah menjadi juara untuk kumpulan ini dengan menyapu bersih semua takhta kemenangan,hehehhe.

Di peringkat separuh akhir, kami cuma beza satu mata sahaja dari pihak lawan iaitu Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Pada masa itu juga markah kami agak kurang daripada pasukan RTM iaitu lawan kami di peringkat akhir. Tetapi dengan kekuatan bahasa dan pemantun, akhirnya kami berjaya juga menggondol kejuaraan tahun 2007 ini, alhamdulillah. Lyana pula berjaya mendapat gelaran pemantun terbaik. Berikut adalah lawan kami dari peringkat saringan hingga ke akhir.

Saringan

1. Kementerian Kewangan
2. Kementerian Kesihatan
3. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
4. Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan

Separuh Akhir

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

Akhir

Kementerian Penerangan (RTM)

Aku2
Terima kasih kepada semua yang telah sama-sama bertungkus lumus menjayakan pantun kali ini. Terima kasih juga kepada Abg Azimin yang telah sudi menumpangkan rumah beliau untuk kami sama-sama berlatih dan membuat pantun. Tahun ini kami mendapat pengurus yang sangat bagus. Mesti En. Kamarul jeles kan? Tahun ini selain elaun bertanding, kami juga diberikan 3 pasang baju setiap seorang termasuk pengurus, hehehe. Tetapi tahun ni kami solek sendiri. Semoga tahun depan kami dapat mengekalkan kejuaraan ini agar piala tersebut menjadi milik kami, InsyaAllah.

Published in: on November 2, 2007 at 9:19 pm Comments (5)