MARILAH SAMA-SAMA BERDOA

 Bacaan Jika Sebak Dada dan Menghadapi Resah Gelisah


Ertinya:
          Bukankah kami(Allah) telah melapangkan dadamu(ya Muhammad), Dan
          telah kami ringankan bebanmu yang berat, Yang memberati punggungmu,Dan
          Kami tinggikan(muliakan) namamu, Maka sesungguhnya di samping kesukaran ada
          kemudahan, Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan, Apabila engkau
          telah selesai (mengerjakan satu pekerjaan), maka bersusah payahlah (mengerjakan
          yang lain), Dan kepada Tuhanmu, berharaplah.

Al-Insyirah (Ayat 1-8)

   
    
      

** Caranya:

  • Dibaca dengan meletakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri dan ditekan
  • Kemudian dibaca surah Al-Insyirah 3 kali dan mohonlah supaya dilapangkan dada

 

Published in: on January 26, 2006 at 4:56 pm Comments (0)

Kisah Pakcik Teksi

Diceritakan pada satu hari saya dan kawan2 menaiki teksi untuk pulang ke kampus/kolej/universiti/ sewaktu dengannya, berborak dengan pakcik teksi :

Pakcik Teksi    : Kamu ni belajar di mana?
Saya                : Eh mana pakcik tau kami masih belajar
Pakcik Teksi    : Pakcik tengok muka pun dah tau..
Kawan 1           : Muka?
Pakcik Teksi    : Orang yang menuntut ilmu mukanya bersih.
Kami               : <BERFIKIR>

Moral    <Tuntutlah ilmu sampai ke negeri Cina>

Pada suatu hari yang lain

Saya                  : Habis barang saya basah kena hujan masa berlari ke bus stop tadi

Pakcik Teksi      : Kamu tak bawa payung?

Saya                  : Saya lupa nak bawa. Tunggu bas pun hampir 1 jam.

Pakcik Teksi      : Itulah nak, lain kali baca selawat sblm keluar rumah.

                            Moga2 dimudahkan perjalanan kita.

Saya                  : <Tersengih tapi dalam hati cuba nak amalkan apa yg pakcik teksi ni sebut.>

Sampai sekarang teringat pakcik teksi ini dan nasihatnya.
Semoga Allah bagi pahala berlipat ganda kepada Pakcik Teksi.TQ!!

Moral                : Nasihat menasihati

Published in: on January 18, 2006 at 8:41 pm Comments (0)

Hiburan Sejati, Bagaimana Memilikinya?

        Syarat bagi ketenangan hati ialah keperluan
asasinya diisi yaitu iman. Orang yang beriman akan mendapat
kepuasan dengan hiburan yang berbekas di hati.

Hiburan yang sejati puncaknya adalah hati yang tenang. Syarat
bagi ketenangan hati ialah keperluan asasinya diisi, yaitu iman.
Orang beriman akan mendapat kepuasan dengan hiburan yang
berbekas pada hati. Artinya, jika hati benar-benar disuburkan
dengan iman, maka hati pun akan terhibur. Inilah hiburan sejati
bagi orang-orang beriman:

1. Berhubungan dengan Allah dengan sholat dan mendengar
lantunan azan. Rasulullah saw bersabda, " Wahai Bilal,
tenangkan kami dengan azanmu." Hanya dengan sholat , hati
orang yang bertaqwa sudah terhibur sebagaimana sabda
Rasulullah saw: "Sejuk mataku di dunia dengan solat." Hati
orang-orang bertaqwa terhibur dengan sholatnya karena
mereka merasa seolah-olah sedang berbisik-bisik, bermesra,
mengadu dan merintih dengan kekasih hatinya. Siapa yang
tidak merasa terhibur kalau sudah bersama kekasih?

2. Melaksanakan perintah Allah. Apabila melaksanakan perintah
Allah, orang-orang beriman akan terhibur kerana merasakan
perintah itu datangnya dari kekasih hati. Bila yang
memerintahnya adalah kekasih, apa lagi yang ingin
disusah-susahkan? Kalau sudah cinta, lautan api akan
diseberangi. Puncak Himalaya akan sanggup didaki. Orang yang
tidak tahu menyangka mereka menderita tetapi sebenarnya
mereka bahagia.

3. Bergaul dengan banyak orang. Orang yang telah mendapat
hibuan sejati, sikapnya tenang. Bila bergaul dengan manusia,
mereka terhibur dan menghibur. Kasih sayang terpancar pada
wajah, sikap dan tutur katanya. Bagi orang beriman, kasih
sayang dalam pergaulan memberi hiburan yang sangat bernilai.
Dia menyayangi dan disayangi. Sebaliknya, manusia yang tidak
mendapat hiburan sejati menjadi seorang pemarah, pendendam
dan emosional. Mereka tidak terhibur dan tidak dapat
menghibur. Dalam pergaulan, mereka selalu menyakiti orang
lain karena mereka mencoba mendapatkan ‘hiburan’ dengan
melepaskan keresahan yang ada dalam hatinya.

4. Menerima ketentuan hidup dari Allah. Orang mukmin juga
merasa terhibur dengan warna kehidupan yang diberikan Allah.
Hatinya senantiasa bersangka baik dengan Allah. Hal itu yang
membuatnya tidak pernah merasa resah. Bila diberi nikmat,
mereka terhibur lalu mereka bersyukur. Diberi kesusahan
mereka juga terhibur lalu mereka bersabar. Bila sakit, terasa
diberi kesempatan untuk mendapat ampunan. Hanya badan
yang sakit, tetapi hati tetap kuat dan sehat untuk mengingat
Allah. Bila sehat, terasa diberi rahmat.

5. Melihat dan merenungi ciptaan Allah. Orang yang beriman
juga akan terhibur dengan melihat alam ciptaan Allah. Timbul
rasa tenang, gembira dan bahagia melihat pantai-pantai yang
bersih, bukit yang menghijau, laut yang berombak dan
sebagainya. Melihat, mendengar dan berfikir itu sudah cukup
untuk merasakan keindahan Penciptanya.

Sebaliknya mereka yang tidak beriman atau lemah imannya
memerlukan hiburan luar yang sangat banyak. Walaupun sudah
bermacam-macam jenis hiburan yang dinikmati, tetapi hidup
masih menjemukan. Mereka tidak pernah puas karena apa yang
mereka nikmati hanya hiburan palsu. Jika iman sudah
disuburkan di dalam hati, manusia tidak memerlukan hiburan
yang banyak seperti sekarang ini. Mereka cukup terhibur
dengan membaca al-quran, nasyid, lagu-lagu tanpa musik yang
melalaikan, bershalawat dan ibadah-ibadah yang lain. Semua
itu sudah cukup untuk memuaskan hati. Namun ini tidaklah
berarti orang beriman menolak langsung hiburan-hiburan dari
luar diri.

Bagi mereka, hiburan luar itu boleh saja untuk lebih
menyuburkan lagi hiburan dari dalam diri, yakni iman, dengan
syarat ia mematuhi syariat. Alunan ayat suci al-Quran, nasyid
yang mengagungkan Allah, shalawat yang memuji nabi, puisi
yang menghaluskan rasa kehambaan kepada Allah, pasti akan
semakin menyuburkan iman, sumber hiburan utama di dalam
hati orang yang beriman.

Inilah garis pemisah antara hiburan sejati yang dinikmati oleh
orang beriman dengan hiburan palsu yang melalaikan orang
yang tidak beriman. Inilah hakikat yang masih belum tersurat di
mata masyarakat. Masih banyak yang menganggap, jika Islam
diterapkan, maka kehidupan akan berubah menjadi suram dan
murung. Tidak ada keceriaannya karena mereka beranggapan
bahwa Islam menolak hiburan. Tetapi kini, hal itu sudah
terjawab bahwa Allah swt telah menyediakan satu hiburan
sejati kepada para hamba-Nya.Hiburan yang dapat dirasakan di
dunia lagi sebelum hamba-Nya menikmati hiburan yang hakiki di
akhirat.

http://groups.yahoo.com/group/masjid_annahl/message/409

Published in: on January 17, 2006 at 1:47 am Comments (0)

Acuan Sekularisme

Cuba kalian
teliti kenyataan seorang artis ini, heh … Baca dan kemudian fikirkan pula
pengajaran yang kita perolehi.

 

“Tanpa berselindung penyanyi berusia 20 tahun dari Sabah ini berdoa agar
lagu ciptaan Azlan Abu Hassan itu mampu menjadi Juara Lagu pada AJL20.Azharina
bukan setakat akan bersungguh-sungguh sewaktu mendendangkan lagu itu tetapi dia
juga sudah bernazar sekiranya Elergi Sepi muncul sebagai Juara Lagu
pertandingan itu.

 

“Kalau lagu yang saya nyanyikan itu muncul Juara Lagu, saya mahu bersedekah
dengan mengadakan kenduri kesyukuran dan menjamu anak-anak yatim.

 

“Saya akan mengadakan majlis itu di Kuala Lumpur. Sebelum ini pun, saya
pernah menganjurkan kenduri kesyukuran selepas Elergi Sepi memenangi kategori
Lagu Popular Pilihan Era pada Anugerah Era 2005.

 

“Saya berserah pada nasib. Saya yakin rezeki saya di tangan Allah. Saya
bersyukur kalau menang tetapi kalau kalah saya akan terima dengan hati yang
terbuka,’’ kata Azharina ketika ditemui selepas sidang akhbar AJL20 di Kuala
Lumpur baru-baru ini.

 

Menurut penyanyi ini, dia tidak menafikan terdapat faktor-faktor lain yang
akan menentukan nasibnya sebelum Elergi Sepi menggondol sebarang anugerah pada
pertandingan tersebut.

 

“Dalam soal ini saya percaya kepada tiga perkara. Perkara yang pertama
ialah takdir dan rezeki yang sudah pun ditentukan oleh Allah ke atas diri saya.”

 

Utusan Malaysia 12 Jan
2006

 

  Attok >>> http://attokz.cjb.net/
Inilah
kuih yang terhasil dari acuannya yang bernama sekularisme!! Pemisahan antara
agama dan cara kehidupan ..  Fikirkanlah….

Published in: on January 12, 2006 at 12:54 am Comments (1)

TAHUN BARU DAN AZAM BARU

Selamat Tahun Baru!! Tanpa kita sedar rupa-rupanya tahun 2005 telah
berlalu. Terasa begitu pantas sekali. 2006 juga telah 11 hari kita lalui dan
semalam seluruh umat Islam menyambut AidilAdha 1426 Hijrah.

 

Gamba_reramaiPada 7 Januari lalu, 5 hari sebelum genap 10 tahun kami mendaftar di MRSM
Muar, satu perjum
paan diadakan. Seronok melihat rakan-rakan yang hadir.
Masing-masing sudah berker
jaya dan mempunyai kehidupan masing-masing. Teringat zaman-zaman muda remaja dulu, walaupun cuma 2 tahun bersama, tetapi banyak sangat yang kami lalui yang sampai sekarang pun masih segar lagi dalam ingatan. Namun yang
lebih bererti adalah perjumpaan kecil yang kami adakan di Desa Pinggiran Putra
di mana kami bertemu dengan Sarah Safiyyah bt Suhaimi yang sungguh comel dan Gamba_baby_zuri_xde
Mohd
Haikal b Mohd Iskandar yang seiras bapanya. Puaslah kami disindir kedua ibu
bapa mereka “hai bila lagi?.. kami ni sudah ada baby!” heh … apa pun, aku
gembira melihat rakan-rakan
yang ku kira sudah ada penghidupan yang sempurna ..
(kerjaya dan keluarga) .. aku mendoaka
n agar kalian semua hidup bahagia
sehingga akhir hayat, Amin!

 

Ada satu pantun ( tak pasti siapa yang karang) .. untuk tatapan tahun baru
ini. Semoga menjadi peringatan untuk aku dan kalian juga.

 

 

ASAL MANI IBU DAN BAPA

TERBENTUK RUPA SATU LEMBAGA

EMPAT BULAN SUDAH UMUR USIA

DITIUP ROH IA PUN BERNYAWA

 

DI ALAM ARWAH MENGAMBIL JANJI

JANJI DIMETERAI HADAPAN ILAHI

SETIANYA TIADA BERBELAH BAGI

BAK MALAIKAT SENTIASA MENURUTI

 

RIANG GEMBIRA TIADA TERKIRA

HARI DINANTI MENJELANG TIBA

IBU BERJUANG MELAWAN GELORA

LAHIRLAH BAYI KE ALAM DUNIA

 

SEGALA JANJI TELAH DILUPA

KERANA KEINDAHAN ALAM BUANA

HIDUP DI DUNIA HARUS WASPADA

SILAP LANGKAH MEMBAWA BINASA

 

NIKMAT DUNIA SEDIKIT CUMA

UMUR MUDA JANGAN DIPERSIA

HANYALAH AMAL AKAN DIKIRA

SAMA ADA SYURGA ATAU NERAKA

 

BILA USIA TELAH DITENTUKAN

DATANG MALAIKAT MEMBAWA BERITA

BERAT SEKSA YANG MENGABAIKAN

CELAKALAH DIRI YANG BERDOSA

 

INSAN BERIMAN RIANG GEMBIRA

MENDENGAR KHABAR YANG DITERIMA

TIADA SEDIH TIADA NESTAPA

UNTUNGLAH DIRI YANG EMPUNYA

 

APABILA SAAT AJAL PUN TIBA

DATANG IZRAIL MENGAMBIL NYAWA

TINGGAL PANGKAT EMAS DAN HARTA

TAMATLAH SUDAH UMUR DI DUNIA

 

JASAD TERBUJUR SEORANG DIRI

SANAK SAUDARA TURUT MENANGISI

MAYAT DIBAWA UNTUK DIMANDI

SEGALA YANG AIB JANGAN DICACI

 

SELESAI SUDAH MAYAT DIKAPAN

KAIN PUTIH PEMBALUT BADAN

SEMUA INSAN MEMBUAT KESILAPAN

MANA TERSALAH ELOK DIMAAFKAN

 

KERANDA DIANGKAT BERISI MAYAT

DIUSUNG PERGI TANAH PERKUBURAN

GAMBARAN AZAB TERAMAT DAHSYAT

BAGI AHLI MEMBUAT KEMUNGKARAN

 

MASUK JENAZAH KELIANG LAHAD

SELESAI TANAH DI TIMBUS ORANG

INSAN HIDUP PERLULAH BERINGAT

BANYAKAN AMAL DARI SEKARANG

 

TALKIN DAN DOA TELAH SEMPURNA

BAGI YANG HIDUP JUGA YANG MATI

SIAPLAH SUDAH TUGAS TERLAKSANA

TINGGALLAH BADAN SEORANG DIRI

 

TUJUH LANGKAH BERLALU PERGI

DATANG MALAIKAT BESERTA BESI

MERAUNG BERTERIAK TAK TERPERI

AZAB DAN SEKSA TERAMAT NGERI

 

SELISIH TULANG DIHIMPIT BUMI

HANCUR BERKECAI DAHSYAT SEKALI

TERJERIT TERLOLONG SETIAP HARI

TIADA SIAPA UNTUK MENGASIHANI

 

SUJA’UL UKRAQ ULARNYA BERBISA

MATANYA MERAH MENYALA-NYALA

DATANG MENGAZAB HENDAK MENYEKSA

PENINGGAL SEMBAHYANG JUGA PUASA

 

SEANDAI DAPAT KEMBALI KE DUNIA

INGIN BERAMAL SEPUAS HATI

SESAL KEMUDIAN TIADA BERGUNA

TUNGGULAH HARI YANG DIJANJI

 

Published in: on January 10, 2006 at 7:34 pm Comments (3)