NASI AMBANG VS NASI AMBENG
Assalamualaikum
Lama benar tak menulis dalam ruangan saya ni . Sebelum tu saya nak
mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1427. Marilah kita sama2 berdoa agar
tahun yang akan datang ini dapat meningkatkan rasa ketakwaan kita kepada-Nya
selain berdoa agar segala yang diimpikan dapat dicapai juga menjadikan kita
lebih tabah, sabar serta matang dalam menghadapi apa sahaja. Yela, tahun baru
bermakna bertambahlah usia kita. Hehe…
Kali ni saya nak cerita tentang nasi ambang. Lama dah perkara ini terlintas
dalam fikiran. Sekadar ingin berkongsi dengan kalian semua. Sejak saya belajar
dulu, pelik sungguh bila ada orang menyebut “Nasi Ambang”. Selidik
punyer selidik, rupa-rupanya, nasi ambang ni adalah nasi bungkus yang
mengandungi ikan kering, ayam, sedikit sambal, serunding kelapa dan ulam. Nasi
ambang dikatakan makanan tradisi orang Jawa. Hmmm.. macam nak tergelak ada
juga. Iyelah, saya memang keturunan Jawa. Yang saya tahu adalah nasi ambeng ..
bukan nasi ambang.
Tapi mungkin istilah nasi ambeng ni
dah dikomersialkan menjadi nasi ambang pula. Cuma saya ingin perbetulkan konsep
nasi ambeng itu sendiri. Kami masyarakat Jawa biasa menghidangkan nasi ambeng
dalam kenduri-kendara. Bila menyebut nasi ambeng, lauk yang selalunya mesti ada
adalah ikan kering, ayam (tak kisahla masak apa), urap daun ubi dan serunding
kelapa.
Ada sesetengah tu pula meletakkan sedikit mee goreng atau mihun goreng. Nasi akan
diletakkan dalam satu dulang besar. Lauk-lauk yang saya sebutkan di atas tadi
itu pula diletakkan dalam dulang kecil. Dulang kecil ini pula akan di atas dulang nasi tadi. 4 orang akan makan
dalam satu dulang ini. Selesai makan, lebihan nasi dan lauk ini akan dibungkus
untuk dibawa pulang ke rumah. Nasi yg dibungkus ini pula kami sebut ‘berkat”
atau kadang2 orang sebut “bontrot”. Ayah saya pernah menyebut kenapa disebut
berkat..hehehhe.. katanya dulu2 dalam kenduri kendara seorang kiyai akan
dipanggil untuk membacakan doa, jadi lauk-pauk ini di bawa pulang sebagai
membawa berkat doa kiyai tersebut. Tak pastila betul atau tidak. Kalian yag ada
info, bolehla bagi komen lepas ni.
Gaya makan dalam dulang inilah kami sebut
“nasi ambeng” atau diringkaskan nasi ambeng adalah nasi yang dimakan
beramai-ramai di dalam satu dulang. Kalau makan dalam pinggan, dah tak nama
nasi ambeng begitu juga kalau nasi itu dibungkus asing-asing … kita kena sebut
“berkat” pula.hehehhe .. sekadar pendapat saya. Nasi ambeng adalah satu konsep
masyarakat Jawa yang masih diparaktikkan hingga hari ini.
Namun begitu, saya makan juga “nasi
ambang” ni (saya tak suka menyebut “ambang”), tapi nasi ambang yang paling
sedap adalah yang saya beli di Pt Yaani (kampung saya la mana lagi) … yela
sebab yg masak tu orang Jawa juga. Lain sangat kalau beli di Kuala Lumpur ni… biasa je rasanya. Masa
kecil-kecil dulu rajin ikut mak pergi kenduri-kendara. Selalunya masa sambutan Maulidur Rasul kami makan
nasi ambeng. Sekarang ni dah jarang makan nasi ambeng makan nasi ambang pulak, sebab jarang balik
..kakakakakaka!!! Tapi kat mana-mana tempat makan kalau ada gerai
orang Johor mmg saya suka sangat. Kalau tak Johor pun, Jawa ke .. hehehehe..
siapa suka pergi Rasa Food Court Alamanda? Pergilah ke Selera Padang. … uiii.. memang selera benar saya kalau
dapat makan kat sana. Hehehe …