IBM PERJASA TREASURE HUNT 2006
Kumpulan Chicken Run ingin persembahkan
Cerita kami dalam treasure hunt
Kepala pening sampai dah berasap
Banyaknya soalan sampai tak terjawab
IBM, MOE, Statistik sekali
Bersatu hati sampai ke PD
Penat dan lapar dan tak ingat lagi
Asalkan dapat apa yang dicari …
This is our boria song. We were in the hunting mood last Saturday. Hahahha!! Just imagine, we’d to answer 35 questions along the way from Putrajaya to PD. Pening dan rasa nak
muntah baca signboard. Tambah pening lagi bila terpaksa ulang-alik di jalan yang sama 2-3 kali. Silap, sepatutnya tengok dulu The Da Vinci Code..hahaha.Tetapi apa yang penting adalah semangat kesukanan dan berpasukan walaupun kami datang daripada pelbagai agensi. Lebih seronok apabila semua ahli cukup sporting melakukan perlbagai aktiviti yang disediakan.
Terkejut sangat, bila penasihat PERJASA menjadi “rapper” malam tu. Kalah kami semua! Memang tabik spring lah :D. Ada pula tu kami dikehendaki mencari uban sekurang-kurangnya 12 inci. Peh!! Mana nak dapat? Seorang rakan cuba meminta sehelai rambut daripada makcik India kat kedai surat khabar tapi dilarang oleh suami makcik tu. Kekekekekeke!! Kesian! Walaupun tidak memenangi sebarang hadiah, kami puas hati juga dengan cenderamata2 yang telah disediakan. Harap-harap tahun depan route lain pula.:D
TINTA PEMBACA
Mungkin inilah satu-satunya komen tentang Yasmin Ahmad yang agak pendek berbanding Faisal Tehrani dulu (saya dah delete). Komen ringkas dan padat tetapi penuh sindiran. Pada saya, kita bebas melahirkan idea dalam apa jua bentuk pun tetapi mestilah tidak membelakangi budaya dan pegangan kita. Pada saya Yasmin Ahmad telah mencalarkan kesantunan budaya Melayu selain persoalan - dari sekolah mana Yasmin belajar agama? heh …
PENGARAH-pengarah filem Melayu generasi baru seperti Yasmin Ahmad, Amir Muhammad dan rakan-rakan bukan Melayu mereka sekarang marah dan kecewa kerana tidak bebas membuat filem mengikut selera mereka.
Yasmin berasa orang Melayu masih kolot dan jahil kerana mengecam Sepet dan Gubra, dua filem arahannya yang bertemakan cinta gadis Melayu dengan pemuda Cina.
Amir pula marah kerana Lelaki Komunis Terakhir arahannya telah diharamkan.
Kedua-dua pengarah ini kecewa kerana sikap progresif mereka masih tidak diterima oleh umat Melayu, sedangkan di Singapura karya-karya mereka diterima baik dan ada pemodal di sana yang sedia membiayai filem-filem mereka.
Hairan juga, kenapa Singapura amat menyanjung Yasmin. Rakan-rakannya di sanalah yang menghantar filem-filemnya ke pesta-pesta filem di sana sini.
Ada baiknya Yasmin berhijrah ke seberang Selat Tebrau untuk berkarya sepuas hati di sana. Kita lihatlah adakah kebebasan yang dikatakan benar-benar wujud di sana.
Dalam ruangannya di sebuah akhbar Inggeris (13 Mei 2006), Yasmin menyuarakan rasa kesalnya terhadap segala kritikan terhadapnya dan menurutnya negara ini (orang Melayu) masih mengamalkan budaya menghukum.
Cubalah berbuat sesuatu yang berlainan, walaupun secara sederhana, anda boleh dikecam hebat di mata umum malah boleh diharamkan sama sekali, kata Yasmin.
Oleh itu, kata Yasmin, dia telah bertekad tidak akan menyertai sebarang pesta filem di Malaysia.
Yasmin kelihatan masih meraba-raba di dunia utopianya. Di zaman dunia tanpa sempadan ini semua filem akan mencetuskan pelbagai pemikiran dan pandangan.
Semua filem juga kena betul dari aspek politik dan sosial. Umpamanya yang jahat atau perbuatan jahat pasti menerima hukuman dan jenayah tidak membawa faedah.
Di samping mematuhi etika sejagat ini filem-filem Hollywood, Bollywood, Hongkong, Korea, Jepun dan lain-lain juga mengagungkan budaya negara masing-masing.
Kita jangan fikir Batman, Superman, Spiderman, Superwoman, Rocketman, Tarzan, Indiana Jones, Star Wars, Harry Porter malah The Incredibles hanya filem hiburan.
Tanyalah anak-anak kita, mereka pasti memandang tinggi terhadap Amerika dan bahasa Inggeris.
Jadi dalam konteks Malaysia, Yasmin kenalah faham bahawa kita masih mencuba menjadikan Bahasa Melayu bahasa perpaduan, jadi kenapa filem-filem Yasmin tidak mahu membantu misi negara ini.
Kalau misi ini tercapai nilai komersial filem-filem Yasmin akan datang juga meningkat kerana Bahasa Melayu difahami semua kaum. Yasmin tidak boleh berkata: Promoting bahasa Melayu is not my goddam business.
Syukurnya, Allah telah menunjukkan beberapa kejadian untuk menyedarkan orang-orang Melayu liberal bahawa di zaman ini filem bukanlah semata-mata medium hiburan.
Pertama, umat Kristian Katholik sekarang amat marah dengan filem Da Vinci Code yang mendakwa Nabi Isa sebenarnya telah berkahwin dengan Lady Magdalene dan mempunyai anak. Sebelum ini, umat Kristian juga marah dengan filem The Last Temptation of Christ.
Sekarang filem Marock arahan pengarah wanita Maghribi Laila Marrakchi yang bersuamikan seorang Yahudi telah menimbulkan kemarahan umat Islam serta rakan-rakan pengarahnya.
Marock mengisahkan percintaan antara gadis Islam dengan jejaka Yahudi dan menyelitkan adegan bercium.
“Aku tak kisah tentang agama. Aku hanya mahu mengucup engkau di mana aku suka bila aku suka,” kata Rita, watak gadis Islam dalam filem itu.
Dan sekarang rakyat Laos naik marah dengan sebuah filem komedi Thai yang dikatakan menghina mereka. Filem cereka itu memaparkan sepasukan bola Laos yang berjaya ke Piala Dunia.
Kementerian Luar Thailand dikatakan memandang berat terhadap filem itu kerana ia boleh menjejaskan hubungan dengan negara jirannya.
Kalau umat Islam Maghribi marah dengan pengarah Laila, saya juga berasa marah dan kecewa dengan Yasmin kerana dalam Sepet dan Gubra dia pandai-pandai menyindir Bahasa Melayu, orang Melayu dan agama Islam.
Mengenai Lelaki Komunis Terakhir, secara langsung atau tidak langsung ia tetap memaparkan kisah perjuangan Komunis di Malaya pimpinan Chin Peng.
Kita semua tahu perjuangan kemerdekaan bermula sejak kejatuhan Melaka lagi dan selepas pengambilan negeri-negeri Melayu oleh British.
- SAAD HASHIM,
Ampang.
SUDOKU
Apabila seorang sahabat menyelesaikan beberapa sudoku setiap hari membuatkan saya juga berminat untuk mempelajarinya. Pertama kali dapat menyelesaikan permainan ini saya berasa sungguh puas. Lantas sejak itu Sudoku menjadi permainan kami seisi rumah. Terdapat sebuah buku Sudoku setebal Kamus Dewan di rumah kami. Saya juga membeli buku saiz poket permainan ini untuk dibawa dalam beg tangan. Begitu pun tidak ramai yang meminati Sudoku malah ada yang mengatakan permainan ini adalah permainan membuang masa. Ramai yang bertanya apakah kepuasan daripada permainan ini? Pada saya terpulang kepada pendapat masing-masing. Kala menghadiri satu mesyuarat di Labuan, kebetulan saya bertemu dengan peminat Sudoku ketika dalam penerbangan ke sana. Saya mendapat kawan baru disebabkan Sudoku ini. Pada saya Sudoku adalah permainan menguji minda dan latihan kepada "otak" kita .. hehehhe…
Sudoku (Bahasa Jepun: 数独, sūdoku), kadangkala dieja Su Doku, adalah permainan berdasarkan logik juga dikenali sebagai Number Place di Amerika Syarikat. Matlamat permainan kanonikal ini adalah untuk memasukkan suatu digit bernombor dari 1 ke 9 dalam satu sel grid 9X9 dengan subgrid 3X3 yang dipanggil ‘kawasan’ bermula dengan beberapa nombor ‘diberi’ dalam sesetengah sel lain. Setiap sel dan kawasan hanya boleh mempunyai satu kali sahaja suatu nombor digit dari 1 ke 9 sahaja. Menghabiskan permainan ini memerlukan kesabaran dan kemahiran berfikir secara logik. Walaupun ia mula diterbitkan pada tahun 1979, ia mula mendapat nama di Jepun pada tahun 1986 dan pada peringkat antarabangsa pada tahun 2005. Sebab mengapa popularitinya naik dengan begitu lambat masa yang diambil masih menjadi tanda tanya.
Berikut adalah teknik Sudoku permainan secara mudah
Pencarian dilakukan pada permulaan permainan dan kerap kalinya pada waktu penyelesaian. Carian mungkin terpaksa dilakukan diantara banyak kali ketika analisa. Pencarian terdiri daripada dua teknik mudah:
- Silang-hapus: pencarian secara mengufuk atau menjajar untuk mengenalpasti garisan sesuatu kawasan yang mempunyai sesuatu nombor untuk dihapuskan. Proses ini diteruskan dengan mengufuk (atau menjajar). Untuk penghabisan yang lebih cepat, nombor dicari dalam urutan kekerapannya. Adalah penting untuk melakukan ini dengan sistematik, dengan menandakan nombor-nombor yang patut 1–9.
- Mengira 1–9 dalam kawasan, mengufuk dan menjajar untuk mengenalpasti nombor yang tiada. Mengira berdasarkan nombor terakhir yang dijumpai menjanjikan penyelesaikan yang lebih cepat. Ia juga menjadi nyata (biasanya dalam permainan yang lebih sukar) yang nilai angka yang patut dalam satu sel boleh dikira dengan mengira ke belakang— iaitu, mencari di dalam satu kawasan, secara menjajar dan mengufuk untuk nilai angka yang tidak boleh dinampakkan apa yang tinggal.
Antara laman web yang menyediakan permainan ini adalah :
http://en.wikipedia.org/wiki/Sudoku
SELAMAT BERSUDOKU!!!
MAWI - QASIDAH
P
ertama kali mendengar Mawi membaca berzanji dan marhaban, mak terus minta belikan kaset. Dia kata senang nak ikut lagu marhaban dan berzanji tu. Yelah, Pt Senah tu masih dengan amalan berzanji dan marhaban, kebetulan pula mak selalu disuruh bermarhaban bila tiba musim Maulud Nabi. MMM .. kuat betul penangan Mawi. Tetapi kalau ikutkan biasanya orang-orang Johor memang pandai membaca berzanji dan bermarhaban. Budaya ini masih kuat diamalkan terutamanya ketika sambutan Maulidur Rasul, Majlis Khatam Al-Quran dan Hari Raya. Bermacam-macam lagu boleh kita dengar. Saya memang puji habis Mawi. 2 jenis lagu berzanji telah berjaya dibawanya dengan baik. Heheheh.. macam itulah orang Johor.
Marhaban yang dibawanya pula mak kata lagu marhaban zaman dulu. Heh, memang sedap. So saya menyeru kawan-kawan yang nak belajar berzanji dan marhaban, belilah Album Mawi-Qasidah.
Bacaan berzanji tidak terhad ketika Perayaan Maulidur Rasul sahaja, malahan bacaan berzanji merupakan antara bacaan wajib ketika majlis khatam Al-Quran bagi pengantin baru. Mak dah mula mengajar kami adik-beradik dengan bacaan berzanji sejak kami kecil lagi. Seingat saya masa tu saya baru berada dalam Darjah 2. Kadang-kadang ikut serta baca berzanji kat majlis khatam Al-Quran. Lagu marhaban pula yang seronoknya kami cipta lagu sendiri, ada satu lagu tu iramanya dari lagu P Ramli, Selamat Pengantin Baru. Sekarang semua tu dah kurang. Di kampung pun yang tinggal cuma orang-orang tua. Yang muda-muda ni semuanya sudah berhijrah. Macam sayalah .. sedih kan?
Terbaru ni saya terbaca satu Isu ..
Bacaan berzanji adalah tergolong dalam Bid’ah Hasanah. Ini adalah
kerana di dalamnya mengandungi peristiwa dan keperibadian Rasulullah
s.a.w. Dalam setiap bacaan kita sulami dengan selawat ke atas Nabi.
Mudah-mudahan kita tergolong dalam apa yang disabdakan Nabi yang
bermaksud :" Barangsiapa yang berselawat ke atasKu sekali, maka aku
akan gandakan sebanyak 10 kali" Berapa ramai daripada kita yang
mengetahui sejarah kehidupan Nabi, siapa nama ibunya, nama datuknya,
bila diputarkan dan dan lain-lain lagi. Generasi hari ini lebih
mengenali artis-artis, tetapi tidak untuk menjadikan Rasulullah s.a.w.
sebagai ikutan mereka. Maka ketika inilah amalan berzanji ini memainkan
peranan untuk menjadikan Baginda Rasulullah s.a.w. sebagai contoh,
lebih-lebih lagi amalan itu kini telah dibaca dalam bahasa malaysia dan
bukan bahasa Arab yang kurang kita fahami.
Mudah-mudahan amalan Bid’ah Hasanah yang kita lakukan selama ini akan
mendapat ganjaran sebaiknya dari Allah s.w.t. sebagaimana sebuah hadis
Rasulullah s.a.w. yang menjadi hujah Imam Syafi’e apabila membicarakan
persoalan Bid’ah ini yang bermaksud :
" Barangsiapa yang mengadakan dalam Islam Sunnatun Hasanah, maka di
amalkan orang lain kemudian sunnahnya itu di berikan pahala seperti
pahala orang yang mengerjakannya, kemudian dengan tidak mengurangkan
sedikit jua daripada pahala orang yang mengerjakannya kemudian. Dan
barangsiapa yang mengadakan dalam Islam Sunatun sai’ah, maka di amalkan
orang kemudian sunnah buruknya itu, diberikan kepadanya dosa seperti
dosa orang yang mengerjakan kemudiannya dengan tidak mengurangi sedikit
pun jua dari dosa orang yang mengerjakan kemudian itu. "
(Hadis riwayat Muslim.)
