JEJAK GEMILANG 2006

Faci
“Terbaik Di
Kalangan Terbaik” .. heh teringat 10 tahun dulu (alamak 10 tahun ke???). Saya pun terlupa yang kami dulu 100%
mendapat pangkat satu. Sabtu yang lepas baru perkara ni timbul semula. Adik-adik
yang mendengar kelihatan kagum. Kagum sekali. Banyak pulak soalannya. Kekeke….

 

Seronok
bertemu mereka. Mungkin ini saja sumbangan yang dapat diberikan. Berkongsi sedikit pengalaman pada waktu-waktu menelaah dulu. Bila diingat semula rupa-rupanya banyak juga pantang larang saya gunakan ketika itu. Sekarang mungkin kurang sedikit. Sayang
sedikit tidak dapat mengaplikasikan sepenuhnya ilmu fasilitator yang ada. Namun
puas hati jugalah mendengar komen-komen peserta. Kepada yang terlibat, teruskan
usaha murni anda semua. Kalau ada kekosongan fasi, jangan lupa jemput kami di
sini .. :P

Published in: on July 12, 2006 at 6:22 pm Comments (0)

STRESS

Selain stress disebabkan rutin tugasan harian, ada satu perkara lagi yang membuatkan hidup rasa stress. Peperiksaan!!! Rasanya setiap tahun pasti ada peperiksaan yang perlu diambil. Tahun Pertama sahaja, 2 kali peperiksaan terpaksa diambil. Tahun lepas satu dan semalam satu lagi peperiksaan besar terpaksa ditempuh!!

Ingatkan pelajar sekolah saja yang perlu menghadapai peperiksaan, malahan kami yang sudah bekerja ni pun Picture_009kena memerah otak juga. Nota dicari daripada pelbagai sumber sehingga tak tahu mana nak baca. Banyak skop yang perlu difahami dari SDLC sehingga ke rangkaian. Tetapi rasa hendak menangis membaca bab-bab rangkaian. Fobia lama masih tak hilang lagi. Sudahnya, satu soalan rangkaian pun tidak dijawab, walaupun agak mudah soalannya. Nasib baik subjek SDLC sempat saya belek dan fahamkan..alahai ..peperiksaan ..

Published in: on July 5, 2006 at 6:43 am Comments (0)