PESONA MATA

Prof Rahman Shaari pernah menyebut tentang pantun kelas pertama dalam satu sessi bengkel yang aku hadiri. Pantun kelas pertama bermaksud pantun yang mempunyai rima yang sama bukan antara baris sahaja (ab-ab) malahan antara perkataan dalam pantun tersebut. Hebat kan? Walaubagaimanapun sukar hendak menghasilkan pantun sebegini. Kadang-kadang kerana terlalu hendak mengikut rima dalam pantun tersebut, hilang segala keindahan maksud pantun. Bawah ini adalah pantun kelas pertama yang indah dan sedap didengar tetapi sukar difahami pembayangnya. Pantun ini dipetik dari Majalah Jelita April 2006. Dipersilakan …

DIRANGSANG KATA KIASAN WARAS,
BACA MANTERA DIPAUT JAJAH;
    SEPASANG MATA HIASAN PARAS,
    PANCAINDERA DI RAUT WAJAH;

HULU JAMANYA DITITIK LILIS,
SUDAH DISINTUK ASAPKAN BARA;
    BULU MATA MELENTIK WILIS,
    INDAH DIBENTUK KESAN MASKARA;

MANIS PEKERTI BERPAUT UTUH,
KADAM KELANA BERKALIH KELAK;
    ALIS SEPERTI SERAUT JATUH,
    HITAM PESONA BERPANTIS CELAK;

SELINGAN KATA DI PESTA SANA,
SEMATA SERIK SAYANG KECUNDANG;
    JELINGAN MATA BERKANTA WARNA,
    MATA MELIRIK SELAYANG PANDANG;

KERING DIGUNUNG DI LIPUR LATA,
MENYULING CAIR MENIMPA DEBU;
    JELING MERENUNG DIEKOR MATA,
    BERJULING AIR MENGGODA KALBU;

CARILAH SANA BATANGNYA PAYANG,
MARILAH KITA MEMERUN JATI;
    DARILAH MANA DATANGNYA SAYANG,
    DARILAH MATA TURUN KE HATI;

PENGARANG : TAKBIR ALAM,PERAK

Published in: on December 26, 2006 at 4:24 pm Comments (0)

KEBAHAGIAAN

"KALAU KITA ASYIK MEMIKIRKAN DENDAM DAN MARAH, MAKA KITA SEOLAH-OLAH MENUTUP SEBAHAGIAN DARIPADA PINTU KEBAHAGIAAN KITA"

Aku jarang menonton. Jarang celik lama depan TV juga jarang menggilakan diri dengan drama-drama Melayu atau Inggeris atau Korea atau yang seumpamya. Tetapi pada satu hari aku terkesima dengan dialog ini. Cubalah sesekali singgah ke TV2 menonton drama Raflesia, mudah-mudahan akan ada lagi frasa hebat sebegini.

Published in: on December 22, 2006 at 1:01 am Comments (1)

AKU, TEMAN DAN TIGS

Minggu lepas Teman
menghadiri majlis bertemu keluarga mentua bagi seorang sahabat baik Teman di
Keramat. Teman ke sana pun dengan sahabat lama Teman yang 10 tahun tidak pernah
Teman jumpa. Seronok teramat sangat bertemu dengan ex-TIGSian yang ada dalam 3
orang itu.

 

 

Pertama dengan pengantin perempuan, Maiza. Maiza dulu bos Teman masa
mengendalikan surau TIGS..hehehe. Teman rasa nak tergelak sebab dulu teman bergandingan
dengan Maiza bagi tazkirah kat junior-junior yang baru masuk asrama. Teman
jugak teringat membasuh surau yang penuh lumpur berinci-inci entah berapa kali
bila mana asrama kami dilanda banjir kilat. Yang kedua, teman datang dengan Zar
atau ehem-ehem (kalau teman sebut nanti teman kena 6 jurus sepak terajang). Dsc00725
Zar
ni tinggi daripada teman dari segi fizikal dan pencapaian akademik. Kalau teman
atas, dia bawah, kalau teman bawah, dia “up” sikit dari teman..hehehe. Kami
sama bintang (Aries) dan sama-sama masuk MRSM, ops Zar dapat MRSM lagi best
dari teman sebab teman tertidur masa jawab soalan Kemahiran Hidup..:P Yang
ketiga, Anis. Yang ni teman sepantun. Tapi bila teman berpantun sampai ke
Sabah, Anis bersajak sampai ke Brunei. Anis pernah masuk Olay Inspirasiku tapi teman
tak pernah sempat tengok cerita tu. Kesian kat teman ni.

 

Makanya, teman teringat sekolah lama teman tu yang sudah 11 tahun teman
tinggalkan. Teman masuk asrama dengan esak tangis sebab ingatkan mak kat rumah.
Teman-teman semua pujuk..hehehe. Dulu TIGS selalu keputusan bekalan air,
makanya, setiap malam Teman kena angkat air untuk mandi esok pagi. Kadang tu
geram sangat sebab kadang-kadang air kat baldi tinggal separuh atau dah habis. Mungkin
juga disebabkan setiap hari mengangkat baldi (macam angkat berat), tangan teman
ni jadi kasar dan kematu. Sampai sekarang tak hilang
L

 

TIGS selalu kena banjir kilat. Pernah satu pagi Teman bangun tido sebab
terbau hanyir sangat. Rasa nak pitam bila Teman tengok bawah katil dah penuh
air!!  Jenuhlah membasuh asrama. Bukan
sekali dua malahan berkali-kali, sampaikan lantai asrama pecah-pecah dan
berlubang. Dulu kawan sekatil teman yang dua Tingkat tu namanya Lau Siew Ying
dari Sarawak. Dia budak yang sangat-sangat baik. Masa Tahun akhir kat UTM, teman
rasa nak pitam bila jumpa Lau Siew Ying bagi salam dengan teman. Dia sudah
bertudung labuh, menghulur salam dan berpelukan dengan teman. Terharu
sungguh-sungguh. Lau larang teman panggil nama lama, dia minta teman panggil
dia Umairah. Ya Umairah, Alhamdulillah. Teman benar-benar terharu.

 

Dulu setiap hujung minggu. teman kena ikut berjoging sampai ke kaki Gunung
Banang berhampiran hospital Batu Pahat. Pernah juga mendaki tapi taklah sampai
ke atas. Gunung Banang ni dulu masa Teman mula-mula masuk nampak hijau saja
dari jauh. Tapi bila Teman dah nak keluar dari TIGS tu (1995), semua yang hijau
tu dah tinggal separuh. Separuh lagi dah gondol digantikan dengan rumah-rumah
banglo. Agaknya 10 tahun lagi, Teman tak boleh lagi tengok Gunung Banang tu,
entahlah.

 

Dulu Teman ditempatkan kat kelas Rancangan Khas dengan Zar. Sekolah Teman
ni semua pompuan. Cikgu pun ramai pompuan, boring jugakla..hehehe. Kelas teman
bising waktu prep malam. Selalunya teman suka susun dua tiga kerusi, lepas tu teman
tidur sampai habis waktu prep, hehehhe. Tapi satu hari tu, patut ke teman yang
kena marah sebab kelas bising? Padahal teman tengah tidur waktu diorang bising
tu. Ceh … mungkin sebab masa kena panggil dengan warden tu teman beratur
depan sekali agaknya. Anak siapalah yang
bising tu sampai teman yang kena marah?

 

 Itulah TIGS yang teman ingat.
Sekarang ni semua kawan-kawan dah bekerja malahan ada yang sudah berkahwin dan
beranak barang seorang dua. Sesungguhnya susah nak melupakan kenangan di sini
lebih-lebih lagi kepada motonya ..USAHA ITU MULIA..! :p

 

 

Published in: on December 14, 2006 at 3:24 am Comments (2)

Politician ….

Pagi-pagi mengunyah nasi goreng “mahal” (aku katakan mahal
sebab tak sepadan dengan jumlah yang aku ambil – kedekut) sambil mendengar Yati
merungut-rungut.

 

“Ada taklimat dengan Pak VVIP ni ..heh, inila lambang “politician” sebenar!”  Riak tidak puashatinya lebih menarik perhatian
aku dari nasi goreng “mahal” (sejuk pulak tu). Entah apa maksudnya “politician”
sebenar. Aku angguk saja bila dia berjanji untuk bercerita lebih lanjut. Aku
mungkin pernah terlibat dengan politik kecil-kecilan tanpa aku sedar, tapi “politik”
sebenar dalam lingkungan yang lebih besar mungkin di luar pengetahuan dan
pengalaman. Tapi melihatkan suasana sekarang, kadang2 aku jadi jelik ..(betul
ke ejaan ni)

 

+++ argh .. tolonglah ..aku tak boleh cakap lebih2 ..nanti
ada tafsiran lain pulak.

Published in: on December 3, 2006 at 5:52 pm Comments (1)