BANJIR 1 … (PT SENAH)

Sekarang, teman bersiaran secara langsung dari Kampung Pt Senah Pt Yaani, kampung teman.Kampung teman merupakan antara kampung yang dilanda banjir gelombang kedua di Johor. Sedih juga memikirkan keadaan rumah, tapi nasib baik rumah teman jenis rumah bertiang (tinggi separas telinga), jadi selamatlah semua barang-barang (Alhamdulillah), cuma bila kawassan berair susahlah juga adik-adik teman hendak ke sekolah, makanya mak ayah teman membuat keputusan untuk tinggal barang sehari dua di pusat pemindahan banjir sehingga jalan ke rumah teman boleh dilalui.

         Mula-mula banjir, seronok juga dapat berakit-rakit ke hulu ..hehehh. Lama2 jadi bosan pula. Yelah, banjir menyebabkan keadaan rumah kotor dan pekebun pun tak bolehlah meneruskan aktiviti kebun.Nasib baik kebun ayah teman selamat sebab terletak jauh di atas bukit sana.

Pelbagai tanggapan yang teman dengar mengenai banjir ni. Mmmmm ..mungkin ini ujian dan juga peringatan kepada rakyat Johor. Dulu tsunami dan banjir kat utara, sekarang di selatan pula. Tahun depan, hanya Allah yang tahu. Perubahan cuaca yang begitu mendadak ini juga tanda peringatan tentang hari kiamat yang semakin hampir.

Sekarang ni banjir makin surut. Adala setakat buku lali. Untungnya bila banjir makin surut, ikan pun semakin banyak. Esok teman berkira-kira nak menangkap ikan..hehehe.. sapa nak join … Tadi teman ke Segamat, teman lihat banyak pemancing mengambil kesempatan memancing kat kawasan-kawasan yang menakung air banjir. Hmmm ..kat umah teman pun apa kurangnyer ..hehehhe…

Alamak !! Blackout!!! Okla setakat ni dulu..nanti entri seterusnya teman masukkan gamba teman kat kawasan banjir ni … c u!

Published in: on January 27, 2007 at 6:19 am Comments (0)

TEMASIK OH TEMASIK

Tiba-tiba teman
terasa hendak mengetengahkan dua sajak yang lama teman simpan. Banyak maksud
tersirat yang pada masa ini biarlah teman simpan dalam hati.Hehehe.. Semuanya bertema
sama, tentang satu “persaudaraan” yang mengguris……..sekian lama …..

====================================================================

Rupa-Rupanya Berpura-Pura

 

 

Sewaktu kau gah
di jagatraya

Kami menyokong
penuh percaya

Demi rukun
kejiranan kita

Kau mengaku
menghargainya

 

Sewaktu kau megah
dalam bergaya

kami menyerap
sehina aniaya

demi maruah desa
kita

kau mengaku
menghargainya

 

Namun

Berhargakah penghargaan
yang kucurigai

Kiranya kau
memaksa anak-anakmu lupa

Keringat
pengorbanan para jiranmu ini?

 

Saat kami dilanda
gembira

Ke seluruh desa
kita

Toyolmu
mengembara

Menumpang makan,
minum dan mandi

Memujuk sakan,
mencuri rezeki

Mengaut ringgit
berbaldi-baldi

Membawa pulang
tanpa berbaki

Betapa manisnya
engkau rasai

 

Saat kami dilanda
sengsara

Seluruh warga
desa kita terdera

Sawah bendang
berhasil kontang

Periuk nasi
terisi besi

Sungai samudera
berhasil lara

Belanga lauk
berjeruk habuk

Engkau sekadar menambah
pahitnya

 

Kaubangga hiasan
moden teratakmu

Hingga kemodenan
membezakan kita

Tetapi jangan kau
pura-pura lupa

Tiang kukuh
teratakmu itu

Kami yang dirikan
untukmu!

 

Kaubangga kemasyhuran
lamanmu

Hingga kemasyhuran
membezakan kita

Tetapi jangan lau
pura-pura lupa

Lalang kutukan
dan lumut fitnah

Di lamanmu itu

Kami yang
bersihkan untukmu!

 

Hai Temasik
(teman mengusik)

Di desa kita di
Nusantara

Perlukah kau
berpura-pura.

 

WIRA BUDIMAN AZIZAN

Kolej Za’aba Universiti Malaya

Ogos 1998

 

====================================================================

 

Ini satu lagi yang teman petik dari Blog Kesukaan Teman Ini ….

Kupejamkan matamu, Singapura
pada dasar hatiku
luka lama yang kau toreh kembali
tidak mahu kutafsirkan
senja di Tambak Johor kulihat
lembayung jingga menyeramkan
kata mereka generasi muda terlupa
berapa banyak darah merah rusuhan
Natrah yang tersimbah
katanya lagi, kami ini terlupa jujuhan
air mata pada lopak sejarah yang merana
kerana cinta digerhanai nafsu
kata mereka kami terlupa akan
kata-kata nista

Mentari Singapura belum terbenam,
hujan tidak berdaya tertitis turun
kata sahabat handaiku, kita biarkan
keangkuhan menulari sukma ke akar-akarnya
kata diriku, kita mempertahankan
keangkuhan kerana mencintai hak kita
buat selama-lamanya.

Kata-kata bisa generasi muda itu berbunuhan
dan sejarah tetap sejarah
jiwa kita jadi bengkak oleh permusuhan
kita terlupa pada darah yang mengalir
itu berhubungan
kita ini dipadam sejarah
bahawa kita bersaudara teman!

====================================================================

Sekadar berkongsi … :D

 

 

 

Published in: on January 9, 2007 at 4:44 pm Comments (0)