MENTAL GAME

Kata salah seorang bapa saudaraku
"Boling memerlukan fokus yang tinggi. Biasanya orang yang berjiwa seni mudah menguasai permainan ini. Permainannya adalah seni. Pemain perlu mengatasi serta bijak menyerap segala tekanan sebelum balingannya menjadi sempurna"

Kata seorang pegawai di kementerian ku
"Boling is a technical game. Semasa membuat balingan u kena pastikan yang u seperti kapal terbang yang mendarat, jika u tersalah mendarat, momentum u akan hilang dan balingan akan kesasar"

Kata seorang rakan di pejabatku
"Hendak menguasai boling, kita sendiri kena memasukkan diri kita ke dalam bola itu"

Kata aku
"Ada tak lagi kegilaan lain yang lebih murah daripada "mental game" ni…Huhuhuhu..Aku rasa kena main more than 100x barulah aku dapat MENJIWAI SENI PERMAINAN, MENGUASAI TEKNIK MENDARAT SERTA MEMASUKKAN DIRI AKU KE DALAM BOLA TU ..alahai . .."

Published in: on February 1, 2007 at 2:36 am Comments (0)