KEJUARAAN BERGANDA

Setinggi-tinggi kesyukuran teman panjatkan kepada-Nya. Tahun ini kami mengulangi kemenangan tahun lalu. Alhamdulillah, berkat usaha, doa serta kegigihan sepasukan, piala yang kami menangi tahun lepas terus berada di dalam genggaman. Syukur sangat-sangat.
Satu

Pada mulanya teman tak terdaya nak masuk lagi disebabkan pemantun terbaik tahun lepas telah melanjutkan pelajaran ke Jepun. Jadi teman rasa tahun ni tak perlulah teman menyusahkan diri lagi. Tetapi disebabkan tiada lagi pemantun dari KPM terpaksalah teman gagahkan diri. Teman juga telah memaksa pemantun tahun lepas iaitu Hazri masuk sekali lagi dan paling dahsyat teman telah memaksa pemantun baru iaitu sahabat teman sendiri Lyana untuk sama-sama mencukupkan pemantun. Tahun ini pula kami telah mempunyai pengurus baru iaitu Aswan dari Bahagian Khidmat Pengurusan dan pemantun simpanan iaitu Dhiya. Kalau tahun lepas kami berlatih dengan Puan Zawiah, tahun ini kami tiada jurulatih disebabkan kesibukan Puan Zawiah. Justeru, mula-mula memang kami berdiri sendiri. Kami ambil semua pantun tahun lepas dan kami gubah semula mengikut tema yang ditetapkan.
Semua

Kami cuma sempat berlatih 3 kali sahaja sebelum perlawanan. Ada 4 pasukan yang perlu kami tandingi di peringkat saringan dan kami perlu menyediakan 36 rangkap pantun jualan. Memang agak sakit sebab kami seboleh mungkin tidak mahu menjual semula pantun yang kami telah jualkan. Kami diletakkan dalam kumpulan C dan alhamdulillah, walaupun cabaran sungguh sengit, kami telah menjadi juara untuk kumpulan ini dengan menyapu bersih semua takhta kemenangan,hehehhe.

Di peringkat separuh akhir, kami cuma beza satu mata sahaja dari pihak lawan iaitu Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Pada masa itu juga markah kami agak kurang daripada pasukan RTM iaitu lawan kami di peringkat akhir. Tetapi dengan kekuatan bahasa dan pemantun, akhirnya kami berjaya juga menggondol kejuaraan tahun 2007 ini, alhamdulillah. Lyana pula berjaya mendapat gelaran pemantun terbaik. Berikut adalah lawan kami dari peringkat saringan hingga ke akhir.

Saringan

1. Kementerian Kewangan
2. Kementerian Kesihatan
3. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
4. Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan

Separuh Akhir

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

Akhir

Kementerian Penerangan (RTM)

Aku2
Terima kasih kepada semua yang telah sama-sama bertungkus lumus menjayakan pantun kali ini. Terima kasih juga kepada Abg Azimin yang telah sudi menumpangkan rumah beliau untuk kami sama-sama berlatih dan membuat pantun. Tahun ini kami mendapat pengurus yang sangat bagus. Mesti En. Kamarul jeles kan? Tahun ini selain elaun bertanding, kami juga diberikan 3 pasang baju setiap seorang termasuk pengurus, hehehe. Tetapi tahun ni kami solek sendiri. Semoga tahun depan kami dapat mengekalkan kejuaraan ini agar piala tersebut menjadi milik kami, InsyaAllah.

Published in: on November 2, 2007 at 9:19 pm


5 Comments Leave a comment.

  1. on November 2, 2007 at 10:25 pm anaknaga Said:

    tahniahhhhhhhhhh…

  2. on November 3, 2007 at 3:22 am Hairi Said:

    Tahniah kepada Siti Zaileha dan rakan-rakan. Inilah dinamakan rezeki, dr tidak mahu masuk dpt pula kejuaraan. Tapi pakcik jeles korang Dapat baju raya 3 helai. hehehehe

  3. on November 4, 2007 at 4:42 pm Malina Said:

    tahniah zai..mesti sronok kan.
    jd nj tukat absober ngn odeng ke? ;p

  4. on November 4, 2007 at 5:07 pm zai Said:

    lela
    tq!!

    en kamarul
    hehehe..rezeki kami tahun ni. Sekarang tgh tgu elaun ..:P

    Malin
    tq!! tq sebab datang beraya kat umah. nak tuka absorber, keta dah goyang2..hehehhe…ada nombor odeng ke?..kekekke!

  5. on November 7, 2007 at 1:53 am cik sz Said:

    tahniah zaiii…

Leave a Comment