SALAM HARI RAYA
SALAM HARI RAYA UNTUK SEMUA
MAAFKAN SEGALA SALAH DAN SILAP TEMAN SAMA ADA YANG TERZAHIR ATAU TIDAK. SEMOGA SEMUA BERGEMBIRA DI HARI RAYA INI WALAUPUN POKET AGAK KERING ..:p (KHAS UTK KAKITANGAN KERAJAAN)..HEHEHE
SALAM HARI RAYA UNTUK SEMUA
MAAFKAN SEGALA SALAH DAN SILAP TEMAN SAMA ADA YANG TERZAHIR ATAU TIDAK. SEMOGA SEMUA BERGEMBIRA DI HARI RAYA INI WALAUPUN POKET AGAK KERING ..:p (KHAS UTK KAKITANGAN KERAJAAN)..HEHEHE

Teman nak mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua rakan-rakan yang singgah di sini. Semoga Ramadhan ini membawa keinsafan serta lebih mendekatkan diri kita kepada-Nya.
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih,
serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat
Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab
Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil
Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah
segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
Bulan hadapan Bulan Merdeka
Bulan seribu erti kepada mereka yang mengerti
Kita MERDEKA bermakna kita bebas dari penjajahan
Ye..penjajahan fizikal..kita telah bebas
Tapi setakat separuh abad ini
ada perkara yang belum kita "merdekakan" lagi
Huh..semangat merdeka dah tak macam dulu ..
SELAMAT MENYAMBUT BULAN KEMERDEKAAN!
KEPADA KAWAN2 YANG BERADA DI PERANTAUAN .. CEPAT2 PULANG KE MALAYSIA!!
Kenapa anda makan 3 pinggan dengan masakan sendiri :
a) Air tangan sendiri – lebih berkat
b) Jimat – tak kisah la nak makan berapa pinggan pun
c) Dijamin selamat daripada racun, ajinomoto berlebihan, ubat guna-guna …hehehe
d) Lebih fresh dan bersih – segar dari periuk …huhu
e) Semuanya sedap (walaupun sebenarnya tak berapa sedap)
f) Resepi sendiri ..:P..citarasa sendiri
g) Dapat pahala kalau jemput org lain makan sekali ..
h) Makan kt umah dgn family/housemate akan dapat eratkan hubungan kekeluargaan/kekawanan.
Kenapa anda tidak boleh menghabiskan makanan jika makan di luar
a) Ajinomoto banyak, baru makan separuh kepala dah pening
b) Orang yang masak tu tidak diketahui asal usulnya dan cara hidupnya (ni penting ni)
c) Takut ada org letak guna-guna …kuikuikuikui
d) Makanan tak ikut citarasa kita
e) Kebersihan sekitar
f) Kesihatan …
Entri ini adalah hasil daripada pengamatan penulis selama 16 hari terpaksa makan di luar disebabkan kerja-kerja luar yang tak habis2 ..hahahha
Kalau tuan pandai menyurat,
Suratkan saya di kertas merah;
Kalau tuan pandai mengubat,
Ubatkan saya hati yang marah.
Teman berpergian terlalu lama kerana tuntutan dunia yang tidak pernah habis.Maafkan teman.
Diam tak diam rupa-rupanya sudah lebih suku abad teman hidup. Syukur kerana masih berpeluang menghirup udara segar di bumi Allah ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada ucapan serta iringan doa dari rakan-rakan semua. Teman merasa sungguh terharu dengan hadiah yang teman terima daripada rakan serumah teman >> sebentuk cincin yang sgt cantik…. love u all, i really appreciate it!! Teman juga mendoakan agar kita semua sentiasa dalam limpahan rahmat-Nya serta dapat mencapai cita-cita serta harapan kita selama ini.
Banjir dah berlalu meninggalkan kenangan yang mungkin tidak akan dilupakan. Hmmm… sedih nyer ..Teman letakkan di sini gambar-gambar banjir yang sempat teman dan adik2 rakamkan. Masa banjir tu, sempatla buat rakit. Kitorang cantumkan papan pastu ikatkan dengan tong minyak biru besar tu. Hahahahaha..bolehla buat main-main..:P. Sekarang ni alhamdulillah semua dah ok. Syukur sangat2..
Masa teman belek2 buku pantun hadiah Pertandingan tahun lepas, teman jumpa pantun ni. Tak pernah lagi teman jumpa pantun Jawa kat mana-mana buku.Hehehe… Orang Jawa je tau maksudnya…:P
Pantes temen nganggo kerudung;
Kerudungnge’ ketok rapet;
Wes duwe bojo opo urung;
Nek urung aku ya arep….
Kuikuikuikui…
::Pandangan Semesta Melayu Pantun DBP::